Archive for January, 2009

Seni Mayonis Penuh Ambiguiti

Saturday, January 31st, 2009

Mayonis kreatif ni aku dapat masa order french fries kat Mamak DE Seksyen 9, Shah Alam, sekitar bulan 9 tahun lepas. Rajin le pulak mamak tu tulis nombor ‘2008′ atas sos. Tapi bila aku tengok balik gambar ni betul-betul, tiba-tiba aku jadi seram sejuk.  Seni mayonis mamak ni dah macam ramalan Nostradamus.

Kebetulan pula berlaku perang di Gaza pada hujung Disember tahun lepas. Tafsir aku macam ni, mayonis 2008 di atas sos merah=darah=2008 bermandi darah!

Wah, ini betul-betul misteriiiiiii…

Kad Kawin Kawan Saya

Thursday, January 22nd, 2009

Masa Pian nak kawin dulu dia suruh aku design kad kawin. Tapi aku takde  idea. Secara termanya, masalah ni dipanggil mental block. Hasilnya, jadilah macam kat atas tu. Pian tengok. Dia kata, kad kawin apa kaler hitam? Macam orang mati saja. Hmm. Betul jugak. Lastly dia buat kat kedai saja. Senang. :P