Jersi Bola Saya
Ini jersi bola tempatan yang aku beli selepas bola sepak era semi pro dulu. Aku beli masa final Malaysia Cup 2008, Kedah vs Selangor. Kena pulak Kedah menang 3-2. Memang best giler. Masa aku sarung jersi ni dan masuk stadium, spirit yang mengalir ke dalam tubuh ni memang lain macam. Macam nak berperang lagaknya. Jersi dan tiket ni aku simpan elok-elok. Jersi pakai masa tengok bola saja. Sayang beb.. Haha!
