Restoren Siang Lain Malam Lain

March 17th, 2009 by lanzo

Perasan tak gerai air jambu PakCu 916 kat tepi-tepi jalan tu? Inilah ibu pejabat PakCu. Terletak seputar kawasan Kg Melayu Subang. Masuk simpang kat lampu isyarat sebelah Mobil. Makan tengah hari memang baguih dok ada. Makan malam pula aku bagi tahap sederhana baguih (sate kajang dan mee claypot pun ada). Tapi ada satu faktor X di sini yang buatkan kau ketagihan. Ya, ada awek cun. Jadi, aku tak hairan Jarul dah macam mamat ketagih ganja bila makan kat sini. Hahaha.

Seni Mayonis Penuh Ambiguiti

January 31st, 2009 by lanzo

Mayonis kreatif ni aku dapat masa order french fries kat Mamak DE Seksyen 9, Shah Alam, sekitar bulan 9 tahun lepas. Rajin le pulak mamak tu tulis nombor ‘2008′ atas sos. Tapi bila aku tengok balik gambar ni betul-betul, tiba-tiba aku jadi seram sejuk.  Seni mayonis mamak ni dah macam ramalan Nostradamus.

Kebetulan pula berlaku perang di Gaza pada hujung Disember tahun lepas. Tafsir aku macam ni, mayonis 2008 di atas sos merah=darah=2008 bermandi darah!

Wah, ini betul-betul misteriiiiiii…

Kad Kawin Kawan Saya

January 22nd, 2009 by lanzo

Masa Pian nak kawin dulu dia suruh aku design kad kawin. Tapi aku takde  idea. Secara termanya, masalah ni dipanggil mental block. Hasilnya, jadilah macam kat atas tu. Pian tengok. Dia kata, kad kawin apa kaler hitam? Macam orang mati saja. Hmm. Betul jugak. Lastly dia buat kat kedai saja. Senang. :P

Hari Jadi Siapa?

December 15th, 2008 by lanzo

Sesekali bebudak rumah puaka aku buat sengal.. Layannnn.. Apapun.. Tenkiu kengkawan.. Nanti aku belanja air suam kat Saiful ka Barra ka.. Orait apa!!

Nota Kuliah Saya

November 12th, 2008 by lanzo

Ini contoh nota kuliah aku masa belajar dulu. Aku memang banyak lukis kartun kat nota kuliah. Kalau tak lukis tak sah. Kadang-kadang tu lagi banyak kartun daripada nota sampai aku jadi confuse bila tiba exam week. Dalam nota tu, aku rasa semua muka lecturer kelas dan kawan-kawan dah aku karikaturkan (walaupun tak berapa nak menjadi. Hahaha).

Jersi Bola Saya

October 27th, 2008 by lanzo

Ini jersi bola tempatan yang aku beli selepas bola sepak era semi pro dulu. Aku beli masa final Malaysia Cup 2008, Kedah vs Selangor. Kena pulak Kedah menang 3-2. Memang best giler. Masa aku sarung jersi ni dan masuk stadium, spirit yang mengalir ke dalam tubuh ni memang lain macam. Macam nak berperang lagaknya. Jersi dan tiket ni aku simpan elok-elok. Jersi pakai masa tengok bola saja. Sayang beb.. Haha!

Perlembagaan Rumah Kami

October 19th, 2008 by lanzo


Gara-gara rumah kami yang macam tongkang pecah masa belajar dulu, Lalbi pun buat ‘Duty Roster’ ni dengan harapan bebudak rumah ikut perlembagaan tanpa kabinet tu.

Malangnya tak ada sapa yang ikut. Hahaha!

Nampak Saya Tak?

July 17th, 2008 by lanzo

Nampak_1   

Apa Cerita Translate Ini Macam?

July 13th, 2008 by lanzo

Kotak_tisuIni tisu special. Tisu biasa ada 2 layer saja. Tapi tisu ni ada 4 layer. Jarul yang beli dan taruk dalam kereta dia. Tapi itu bukan masalah sangat pun. Masalahnya entah siapa entah yang translate ayat ikut suka hati dia. Memang lawak dan nampak bodoh!

Ini Baru Betul Pomen

June 29th, 2008 by lanzo

Motor_1

Tengok gaya motornya, aku rasalahkan brader ni kerja pomen runner secara full time. Ini baru passion! Tabik bro!!